Kelas E-Learning Scratch

16 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 15 Ogos 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Scratch yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan cara menghasilkan animasi dengan mengunakan Scratch secara atas talian.

Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan Scratch dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Scratch. Selain itu, mereka diberikan latihan asas dalam mengerakan Sprite dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka boleh memilih kucing sebagai sprite atau mereka boleh memilih sprite mereka sendiri. Untuk menggerakan sprite tersebut, mereka perlu memasukan arahan agar sprite tersebut bergerak ke tempat yang telah diarahkan. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami apa itu scratch dan cara untuk mengerakan sprite.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali